Tarian Zapin
Tarian Zapin (Jawi:زافين) merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan dengan gesekan biola.
Tarian Zapin di Brunei
Manakala di Brunei, tarian Zapin pelbagai juga jenis dan ragamnya seperti rentak dan geraknya. Mengikut dari segi sebutan dialek orang Brunei, zapin lebih dikenali dengan panggilan "Jipin". Jika di Brunei, di antara zapin yang cukup digemari adalah:-- Zapin Laila Sembah (Jipin Laila Sembah)
- Zapin Tar (Jipin Tar)
Jika di Brunei, alat-alat muzik yang digunakan untuk membantu tarian Zapin ialah gambus, rebana, gendang tabur dan tar.
Asal tarian
Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun kntahan Johor lama, Singapura, wilayah Sarawak, dan Brunei Darussalam.e-16.Tarian zapin ini kemudiannya merebak ke negeri-negeri sekitar Johor seperti di Riau, iaitu pusat pemeri
Tarian Melayu
MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal
dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk hiburan kerabat DiRaja
wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan kerabat diRaja lelaki.
Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta tarian dan nyanyian
tradisional dengan gaya yang menawan, yang mengisahkan zaman
kegemilangan kesultanan Melayu
KUDA KEPANG
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung
Tarian Kuda Kepang dibawa ke Negeri Johor oleh pendatang dari Jawa. Para penari menggunakan kuda kepang untuk menggambarkan kisah kejayaan perjuangan suci Islam, diiringi paluan gendang, gong dan angklung
ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor. Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah, pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.
TARIAN
LILIN Sebuah tarian yang dipersembahkan oleh penari wanita
sambil menatang lilin di dalam piring kecil di atas telapak tangan
mereka, dan memaparkan gerak-geri yang penuh dengan kelembutan
TARIAN
GAMELAN
Tarian klasik ini mula di
kesan di empayar Riau dan Lingga dalam kurun ke-17.Ia mula di
persembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam
tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain, putera kepada
Sultan Abdul Rahman yang memerintah Lingga, dengan Wan Esah yakni adik
perempuan kepada Bendahara Ali dari Pahang. Ianya mula di perkenalkan di
Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri di Pahang,
mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari
Terengganu.
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu
Tarian ini yang mana di persembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh di pentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka.Elemen Jawa boleh di lihat dari segi seni tarian tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan kostum tarian Melayu
TARIAN CIK SITI WAU
BULAN
Pada
musim menuai di negeri-negeri sebelah Pantai Timur sering diadakan
permainan seperti main gasing, main wau, rebana ubi, rebana kertuk,
rebana kayu dan lain-lain lagi. Bersempena dengan permainan wau maka
satu tarian yang diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta. Dahulu
tarian ini mengisahkan anak muda bermain-main wau di musim menuai.
Kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak-geri penari-penari yang
terdiri daripada anak muda lelaki dan perempuan.
JOGET
Tarian yang paling terkenal
di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang meriah, dengan rentak yang
agak laju. Tarian ini, yang dipersembahkan oleh pasangan penari dengan
gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian
tradisi Portugis yang diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan
rempah di situ.
TARIAN ASYIK
Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah - daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja - raja Kelantan
dan Patani.
Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini
bersesuaian dengan gerak - geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan
ketertiban.
Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari
masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan
tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.
Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam
berinai dan malam berinai besar di Istana.
Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning
iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada
menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil
Asyik.
Tarian Asyik mempunyai rentak perlahan dan
gemalai, kerana ia ditarikan dihadapan raja dan permaisuri. Penari
asalnya dalam pakaian berkemban, dengan tali pinggang dan mahkota kecil.
Bahagian utama tarian Asyik terdiri dari duduk
bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan
ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak, dan
sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong.
Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh inang remaja di istana.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar